Pages

2/27/2013

Jam tawaf



Tahukah anda... 
Jam tangan & jam dinding yang asal, telah diciptakan pergerakannya dengan putaran ke arah KANAN, dan putaran ini mengikut TRADEMARK pergerakaTAWAF, dan jam ini sudah lama diguna-pakai oleh umat Islam, selama 1200 tahun, selepas dunia ini mula diMODENkan secara perlahan-lahan sejak 200 tahun lepas, sejarah putih ini telah diHITAMkan, dan semakin ramailah manusia memakai JAM ANTI-TAWAFseperti hari ini.
Memang suatu yang pelik bila orang lihat kita memakai JAM TAWAF ini, kerana sudah lama kita terpesong dengan memakai JAM ANTI-TAWAF (jam biasa), tapi sampai bila kita nak pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan Fitrah alam yg diciptakan Allah secara Harmoni iaitu mengikut arah pusingan TAWAF.

Baginda Nabi Muhammad bersabda :
"...Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula,
maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
( Hadis Riwayat Muslim )







KELEBIHAN-KELEBIHAN DAN KHASIAT JAM TANGAN KE KANAN (COUNTERCLOCKWISE):

Jam ke KANAN menggunakan konsep ke KANAN ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.

Yang mana anda suka?

Kanan : Silicon Biasa
Kiri : Nano Silicon


KELEBIHAN-KELEBIHAN DAN KHASIAT JAM TANGAN KE KANAN (COUNTERCLOCKWISE):

1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej tenaga secara tetap dan sekata.
3. Membantu mengawal rentak jantung
4. Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
5. Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.

MENGUKUHKAN 7 KEADAAN:

1. Keberanian mengatasi Kesilapan.
2. Kelajuan mengatasi Kelewatan.
3. Kemudahan mengatasi Rintangan.
4. Kestabilan mengatasi Kucar-kacir.
5. Kekuatan mengatasi Kelemahan.
6. KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN.
7. KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN.

Hubungi 019-266 2271 untuk maklumat lanjut



2/21/2013

Kurma,amalan sunnah

KURMA tenaga semasa berbuka puasa.




Dari Salman ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, “Jika salah seorang diantara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air karena air itu bersih dan suci. (HT. Abu Daud dan Tirmidzi)
Kurma mempunyai kandungan protein dlebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab.

Sebab itu kami satukan khasiat kurma dan sarang burung di minuman sarang burung kami.

Untuk maklumat lanjut,hubungi 019-266 2271

2/20/2013

Jam Tawaf / Anticlockwise


TAWAF dan kelebihannya.


“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)

  Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf.

 TAHUKAH ANDA?

Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf  kerana mempunyai hubung kait dengan kecepatan semasa berlari


     Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf, semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).


Galaksi Bumi juga berputar pada arah Tawaf


Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf

      Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.


Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf


Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf

    Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.


Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf.


Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf.

        Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah  TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.



44. Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman.(Al-Ankabut, 29:44)


    Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.


      Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.


    Secara saintifiknya pergerakan Tawaf ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf, secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.

     Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf . Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf dan tidak patutlah kita sebagai hambanya menggunakan jam yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah. Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut jam yang Fitrah, hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang...


Adakah artikel ini bermanfaat, SILALAH LIKE FAN PAGE https://www.facebook.com/KokomindaPlus?ref=hl dan SHARE kan di TIMELINE ANDA untuk kebaikan:

2/17/2013

Ayat Seribu Dinar


Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Burung juga mempunyai EMOSI

  Si betina pasangan burung ini telah dilanggar kereta ketika sedang terbang rendah melintasi jalan.

  Si jantan membawa makanan dan memberikan kepada Si betina dengan penuh kasih sayang.

  Si jantan membawa makanan kembali dan mendapati Si betina telah mati. Si jantan mengerakkan tubuh kaku Si betina.

TETAPI tiada reaksi yang menunjukan ia masih hidup.

  Si jantan meraung dengan penuh sedih dan meratapi bahawa pasangannya telah tiada. Akhirnya is Si jantan hanya berdiam diri Redha dengan apa yang telah berlaku.

  Gambar ini telah disiarkan di salah sebuah suratkhabar terkenal di Perancis. Ramai yang tersentuh dengan gambar ini.

Pada hari gambar ini disiarkan, semua suratkhabar habis dijual.

"Mati itu PASTI"

Adakah kita sudah bersedia?

Lengkapkan diri anda dengan Membaca Al-Quran dengan SEMPURNA.

Hubungi kami untuk kita bersama-sama menyiapkan diri kita...

2/14/2013

1001 Khasiat Buah Kurma


Tahukah anda?

      ü  Makan kurma adalah amalan sunnah?

Menurut Anas bin Malik r.a., rasulullah saw berbuka puasa dengan beberapa biji tamar yang segar sebelum menunaikan solat maghrib. sekiranya tidak ada kurma yang segar, Baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa ceduk air.

                                    (Hadis riwayat Abu  Daud dan Tarmizi)



 ü  Kurma membantu tumbesaran janin semasa ibu hamil?

Sabda Rasulullah SAW:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."




 ü  Kurma membantu memulihkan tenaga ibu selepas bersalin?
      Ini terbukti di mana kisah ibu Nabi Isa a.s,Siti Maryam mendapat tenaga serta mengubati dirinya dengan khasiat kurma selepas lemah melahirkan nabi Isa a.s tanpa menggunakan herba yang lain.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)



    ü  Kandungan gula ringkas (monosaccharide) dalam kurma adalah yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang?


ü  Kurma juga berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta?

Berbanding dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide) , kurma HANYA mengambil beberapa minit sahaja untuk bertukar menjadi tenaga .
Ini kerana kebanyakan buah-buahan lain akan bertukar menjadi tenaga selepas diproses dalam badan selepas 2-3 jam kerana proses pemecahan enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga .

Tetapi, Kurma HANYA mengambil beberapa minit sahaja untuk bertukar menjadi tenaga.


Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

Sebab itu kami gunakan Kurma sebagai penambah perisa di dalam Minuman sarang burung kami.

Di samping itu ianya sedap,mudah dibawa kemana-mana dan senang diminum.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-266 2271



2/11/2013

Pernahkah anda terfikir pasal Duit?



Duit tinggal RM10.95 selepas 60 saat gaji masuk.

Pernahkah anda mengalami suasana seperti diatas?

Keadaan ini boleh diatasi dengan pengurusan wang yang sistematik.

Sertai Seminar Urus Wang 1031 pada

--> Apa yang akan anda pelajari?
7 Rahsia Mudah untuk mengurus Wang anda. 
Yang paling best anda masih boleh belanja sakan.

--> Ada Bonus?

Tips Bagaimana hendak mencari Wang LEBiH.
Tips untuk mengetahui Kegemaran anda menghasilkan Wang.
Penampilan HEBAT Pakar Facebook Saiful Nizam - Tips PERCUMA untuk memulakan Business Online.

--> Maklumat Seminar

Tarikh: 15hb Februari 2013
Waktu: 9.00mlm - 11.25mlm
Yuran: RM15 seorang. Daftar 3 orang hanya RM35.

--> Lokasi

No. 57-1A, Kompleks Otomobil Shah Alam, Jalan Pahat H 15/H, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Malaysia

Untuk Booking:

1. Sila membuat pembayaran ke akaun Maybank 562731103916 (Mohammad Afzal Alrabah Bin Ayoub);


2. Emelkan bukti pembayaran serta maklumat peserta ke afzal.alrabah@gmail.com;


3. SMSkan maklumat para peserta ke 010-2187671


Tempat TERHAD! SMS SEGERA!

Penyertaan terbuka untuk semua yang berusia 16 tahun ke atas sahaja.



Sebarang pertanyaan, boleh SMS ke talian 019-2627917.






2/03/2013

Bird Nest soup recipe


 RESIPI SUP SARANG BURUNG WALET

Pasti sedap..dan sememangnya BERKHASIAT.


ENGLISH VERSION
Serves 4-5 persons
INGREDIENTS:
2 pcs Bird Nest
4-5 cups Water
100g Rock Sugar
1pcs Pandan Leaf

METHOD:
1. Rinse bird nest with hot water.
2. Place it in slow cooker and add water & rock sugar.
Cook at 'slow' until the bird nest is expanded and soft.
3. Add in pandan leaf and cook for another hour.
4. Serve as dessert in the evening or anytime.
********************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
BAHAN2:
2 ketul Bird Nest / Sarang Burung
4-5 cwn Air
100g Gula batu
1 helai Daun Pandan

CARA2:
1. Bilas sarang burung dgn air panas.
2. Letakkan ke dlm slow cooker & masukkan air & gula batu.
Masak dgn setting 'slow' sehingga sarang burung mengembang dan lembut.
3. Masukkan daun pandan & masak sejam lagi.
4. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Rasa dan khasiat juga terdapat dalam MINUMAN SARANG BURUNG AL-KAUTSAR.
Ditambah dengan perasa Kelapa Pandan atau persa Kurma..Lebih senang di minum setiap pagi.

KAMI jamin anda akan lebih BERTENAGA setiap hari.
Bagi yang ada penyakit lelah,Memang disyorkan mengambilnya setiap pagi sebelum sarapan.

Semoga anda sentiasa sihat,CERGAS,dan BERTENAGA serta dilindungi ALlah selalu
Hubungi 019-266 2271 atau 019-621 4171 untuk maklumat lanjut.