Pages

6/14/2017

Hadiah jam khat buat ibu

Alhamdulillah customer puas hati..


Cantik katanya..

X sabar nak pasang

Jam raya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Mula-mula ingatkan borong sebab nak bg hadiah.

Rupanya nak jadi jam raya.

Hadiahkan gak kat mak satu katanya...


Alhamdulillah berkongsi kegembiraan dengan mak..InshaAllah pahala berpanjangan selagi jam digunakan๐ŸŒน๐ŸŒน

Pahala menggembirakan mak pun ada juga๐Ÿ‘๐Ÿ˜€


Sempat lagi ni kalau nak order sebelum raya.


Pilihan design banyak di

http://bit.ly/galerijamdeco


Pm laju-laju


6/09/2017

Allah Perancang terhebat!๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅAllah Perancang terhebat!๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
kredit to:
http://bit.ly/FTRocanebook

"Lama dah aku doa," bisik hati kau.

Tak pernah tinggal. Setiap sujud akhir, setiap lepas solat, dalam tahajud, dalam dhuha. Mulut dan hati kau sentiasa mengadu dan meminta. Tangan kau turut lenguh, menadah tinggi-tinggi di malam hari.

Kau terfikir, "Mengapa belum terkabul lagi?"

Rasanya kau dah buat semua benda. Dosa-dosa besar kau tak buat. Sekali sekala terlajak, kau cepat-cepat istighfar.

Puas kau memerah otak. Apa lagi yang silap?

Tiba-tiba kau tersentak, seperti ditampar-tampar.

Sudah berapa lama kau tak ditimpa sakit? Kalau dulu, selang sebulan kau akan jadikan klinik dan hospital itu tempat persinggahan.

Kereta dan motor kau juga, sudah lama tak meragam. Lancar. Tak banyak kerenah.

Kemudian kau teringat beberapa kali kau terselamat dari bala bencana dan kemalangan.

Kereta kau hampir dilanggar, namun tak kena. Kau sendiri hampir menyondol orang, namun sempat brek.

Orang sekeliling kau melayan kau dengan baik. Tidak ada yang memusuhi kau, bahkan semakin ramai yang ingin berkawan dengan kau.

Tanpa kau sedar, Tuhan telah lama menjawab doa dan rintihan kau.

Cuma mata kau terlalu ralit dengan apa yang kau mahu, kau terlupa Tuhan telah cukupkan apa yang kau perlu.

Lalu kau tunduk, malu. Di atas hamparan sejadah itu, kau teresak-esak seorang diri.

"Tuhan tidak pernah lupakan aku. Hanya aku yang jarang bersangka baik dengan Tuhan."

Kita ini hamba yang terlalu kerdil dan hina, taatnya sedikit, sering merungut.

Tuhan pula, sentiasa membuka pintu untuk kita memohon pada-Nya.

Sabar dan gantunglah sepenuh harapan. Takkan Tuhan nak biarkan kau begitu saja.
.
.

ูŠูŽุง ุญูŽูŠู‘ู ูŠูŽุง ู‚ูŽูŠู‘ููˆู’ู…ู ุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุฃูŽุณู’ุชูŽุบููŠู’ุซูุŒ ูˆูŽุฃูŽุตู’ู„ูุญู’ ู„ููŠู’ ุดูŽุฃู’ู†ููŠู’ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽูƒูู„ู’ู†ููŠู’ ุฅูู„ูŽู‰ ู†ูŽูู’ุณููŠู’ ุทูŽุฑู’ููŽุฉูŽ ุนูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽุจูŽุฏู‹ุง

"Wahai Tuhan yang Maha hidup, Maha Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan kepada segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku. Janganlah kau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata selama-lamanya."

#jamdecorkhat
www.jamtawaf-anticlockwise.com