Pages

1/13/2013

Tahukah anda?Apa itu Asma?



Tahukah anda??
52 peratus kanak-kanak di Malaysia tidak hadir ke sekolah akibat asma?
Dan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.
Dan lebih merisaukan,penyakit asma semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.

Bukan kanak-kanak sahaja,malah dewasa pun ramai yang menghidap asma.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil.

APA itu asma?
Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang membabitkan masalah pernafasan yang berulang-ulang dan gejala seperti sesak nafas, pernafasan termengah-mengah, sesak dada dan batuk. Apabila asma tidak dikawal, saluran udara paru-paru menjadi tebal dan meradang menyebabkan ia sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan cenderung kepada serangan asma.


Gejala asma:
* Batuk (pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk)
* Susah bernafas (sesak nafas)
* Nafas berbunyi
* Dada berasa ketat dan tegang

Cegah serangan asma:

* Peka penyebab utama asma anda
* Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
* Jauhi perokok
* Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
* Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
*Minum minuman sarang burung Al-Kautsar

Dengan minuman sarang burung Al-Kautsar,Anda boleh merawat asma anda.

Hubungi 019-266 2271 untuk maklumat lanjut.
 

No comments: