=====
Apa itu Inflasi?
Menurut wikipedia, inflasi merupakan kenaikan harga umum barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi itu dari semasa ke semasa.
Dengan peningkatan ini, setiap unit matawang hanya dapat membeli sesuatu barang atau perkhidmatan dengan jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya.
Dengan kata lain, inflasi menunjukkan penurunan kuasa beli seseorang.

==========
Jom kira inflasi
=========
Mari kita ambil contoh untuk mengira inflasi.
Pada tahun 1990, harga Teh Tarik dalam RM0.90
Tahun 2014 pula, harga Teh Tarik menjadi RM1.90
Formula mengira inflasi adalah
Inflasi = ( (Harga 2014 - Harga 1990)/Harga 1990 ) x 100
= ( (RM1.90-RM0.90)/RM0.90 ) x 100
= (RM1.00/RM0.90) x 100
= 111%
Kenaikan 111% dalam masa 24 tahun
Ini bermakna kenaikan lebih kurang 4.7% setahun.
P/S: Tahun ini Tariff Elektrik naik 15%
https://www.facebook.com/duitkerjauntukkita?ref=hl

No comments:
Post a Comment