Kami membekalkan Jam tawaf tangan dan jam tawaf dinding , jam dinding normal decor yang mampu milik dan berkualiti tinggi.Hubungi SEKARANG 019-266 2271 untuk tempahan. Layari www.jamtawaf-anticlockwise.com untuk pelbagai pilihan design yang menarik.
Pages
6/29/2012
PROMOSI Sempena Ramadhan dan Syawal 2012
Do you fancy winning a RM30 CASH?
Setiap pembelian RM 30 ke atas di nurafzalrich.com,anda berpeluang dan layak untuk memenangi Lucky Draw RM30 CASh..tawaran sah sehingga 20 Julai 2012.
http://nurafzalrich.com/
6/28/2012
TESTIMONI..Teknik Al-Baghdadi alternatif terbaik dalam proses belajar dan mengajar Al-Quran.
Pengasas Teknik Al-Baghdadi ini adalah Ustaz Jalaluddin bin
Hasanuddin.
Saya berkecimpung dalam bidang
Al-Quran secara khusus sejak lebih 9 tahun yang lalu. Apa yang saya dapati,
kebanyakan pengajar Al-Quran tidak mementingkan kaedah atau teknik yang betul
dalam mengajar Al-Quran. Sebagai contoh, situasi seorang pelajar yang sudah
lebih 2 tahun mengaji tetapi masih berada di Iqra’ 4. Seorang pelajar masih
gagal membezakan ‘panjang-pendek’ walaupun sudah bertahun2 mengaji Al-Quran.
Sedar atau tidak, situasi tadi adalah normal dalam masyarakat kita sejak
bertahun2 lamanya.
Apabila ditanya asbab kegagalan, kelemahan, kelewatan dan
sebagainya, apa yang sering dijawab adalah ‘ pelajar malas ‘, ‘pelajar suka
ponteng’ dan berbagai2 lagi jawapan yang dijadikan alasan. Saya tidak menafikan
alasan2 itu ada yang betul dan benar dengan sesetengah situasi, tetapi dalam
banyak2 situasi, pengajar suka menyorok kelemahan mereka apabila gagal
mengetengahkan sesuatu kaedah atau teknik yang senang
faham,mudah praktik dan berkesan dalam proses pengajaran mereka.
Apa dia Teknik
Al-Baghdadi? Apa keistimewaannya?
Secara ringkas saya nyatakan, teknik
al-baghdadi ini bolehlah dianggap sebagai satu alternatif baru kepada pelbagai kaedah dan teknik sedia ada. Saya sudah beberapa
kali bermunaqasyah dan meminta penjelasan terperinci tentang teknik ini dengan
pengasasnya, iaitu Ustaz Jalaluddin sendiri dan Alhamdulillah, saya cukup
tertarik dengan pembawakan serta penjelasan yang diberikan. Itulah yang saya
simpulkan, bahawa teknik al-baghdadi ini sangat2 sesuai untuk dijadikan alternatif terbaik dalam proses belajar dan mengajar Al-Quran.
Lebih daripada itu, mungkin apa yang
saya boleh iktiraf sebagai keistimewaan teknik ini adalah apabila ia
menggunakan ‘alat ketuk’ dengan pelbagai formulasi yang fleksibel. Kalau diajar
kepada kanak2 , maka ia lebih hampir kepada ‘bermain sambil belajar’- tetapi
sangat berkesan.
Sejak 2 bulan yang lepas, saya
bersama sahabat saya , Abdul Khalil telah pun mengendalikan Kelab Al-Baghdadi
sebagai tutor atau pembantu Ustaz Jalaluddin. Kelab Al-Baghdadi ini dibuka oleh
Ustaz Jalaluddin secara khusus kepada golongan dewasa yang menghadapi masalah ‘
buta Al-Quran ‘. Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang semakin mahir
mengenal, membaca dan menyebut huruf serta kalimah2 Al-Quran dengan baik.
InsyaAllah, selagi mana sesuatu
kaedah itu baik dan berkesan untuk membantu dalam proses mempelajari Al-Quran,
maka saya yakin ia wajar diketengahkan kepada masyarakat. Beberapa testimoni
yang diterima juga mengejutkan, antaranya adalah seorang kanak2 perempuan
berusia 6 tahun di Kedah mampu membaca Al-Quran dengan baik selepas 22 hari
menggunakan Teknik Al-bahgdadi ini. Alhamdulillah.
Untuk mengetahui lebih lanjut...hubungi 019-2662271
6 kemahiran asas SAHAJA untuk membaca Al-Quran.
Bagi mereka yang sudah boleh membaca Al-Quran, sedar atau tidak sebenarnya kita sudah menguasai 6 kemahiran asas membaca Al-Quran. Bagi yang belum boleh membaca Al-Quran maka anda hanya perlu kuasai 6 kemahiran asas untuk membolehkan anda mampu membaca Al-Quran. Ingat hanya 6 sahaja, kata orang 6 ni sikit jer...sebab boleh kira dengan jari!! he he..
6 kemahiran asas itu ialah ;
6 kemahiran asas itu ialah ;
1. Keupayaan mengenal dan membaca 29 Huruf Hijaiyyah dengan baik.
2. Kemampuan Membaca Tanda Baris Asas Bacaan (Fathah, Kasrah, dan Dhommah)
3. Kemahiran menguasai Tanda Baris Dua Bacaan (Tanwin)
4. Keupayaan mengenal Tanda Bacaan Panjang (Mad)
5. Kemampuan membaca Tanda Bacaan Mati (Sukun)
6. Kemahiran menguasai Tanda Bacaan Berganda (Sabdu)
Mudah bukan??? Jom Bersama kami, dalam tempoh 3 bulan sahaja anda mampu kuasai 6 kemahiran asas ini!!!.JOM!
2. Kemampuan Membaca Tanda Baris Asas Bacaan (Fathah, Kasrah, dan Dhommah)
3. Kemahiran menguasai Tanda Baris Dua Bacaan (Tanwin)
4. Keupayaan mengenal Tanda Bacaan Panjang (Mad)
5. Kemampuan membaca Tanda Bacaan Mati (Sukun)
6. Kemahiran menguasai Tanda Bacaan Berganda (Sabdu)
Mudah bukan??? Jom Bersama kami, dalam tempoh 3 bulan sahaja anda mampu kuasai 6 kemahiran asas ini!!!.JOM!
6/27/2012
BOLEH MEMBACA AL-QURAN dalam masa 22 hari
Adik Nurul Athirah Binti Abdul Rahim ( 7 Tahun )
Alhamdulillah, Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam Tempoh 22Hari Sahaja, Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih Ustazah
Apa Kata Guru Al-Quran
Teknik Al-Baghdadi Memudahkan Saya Mengajar Al-Quran Dan Mengawal Disiplin Murid Saya, Mengajar Dengan Teknik Al-Baghdadi Tidak Memenatkan Saya Serta Murid Tidak Jemu Untuk Melakukan Latih Tubi…Alhamdulillah Dengan Izin Allah, 2 Murid Saya Telah Mampu Membaca Al-Quran Dalam Tempoh 22 Hari Diperkenalkan Dengan Teknik Al-Baghdadi, Sangat Berkesan”
TESTIMONI Al-Baghdadi
Adik Soffiah Jamilah, 5 Tahun
TERTARIK DENGAN CARA MUDAH BELAJAR AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI
Assalamu’alaikum.
Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers. Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang berusia 5 tahun. Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah sebelum ini.
Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan sepanjang proses pembelajaran. Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara tidak langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin, terkawal dan baik.
Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi. Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca tanpa paksaan.
Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’ 4, 5 dan 6. Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di samping berminat menghafal surah-surah lazim.
Insya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa kini.
Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran .
Terima kasih
Wassalam.
Jemputan ke Taklimat Al-Baghdadi Sek 8
Salam..
Semua di jemput hadir ke Taklimat Al-Baghdadi di Surau Nurul Iman,Bukit Bandaraya Shah Alam pada 7 hb Julai 2012(sabtu) bermula 9 pagi.
Semoga dengan kehadiran anda,dapat memeriahkan dan menambah keberkatan majlis ini.
Semua di jemput hadir ke Taklimat Al-Baghdadi di Surau Nurul Iman,Bukit Bandaraya Shah Alam pada 7 hb Julai 2012(sabtu) bermula 9 pagi.
Semoga dengan kehadiran anda,dapat memeriahkan dan menambah keberkatan majlis ini.
Jom singgah..Banyak produk muslim
Salam semua..
Kami telah menjalankan perniagaan MAYA...iaitu ONLINe....di
http:/nurafzalrich.com.
Kokominda ada dijual disini..
ada buku,ada telekung, ada tepung..
Hanya klik sahaja..dan buat pembayaran, kami akan hantar ke rumah anda..
Selamat bershopping.
Kami telah menjalankan perniagaan MAYA...iaitu ONLINe....di
http:/nurafzalrich.com.
Kokominda ada dijual disini..
ada buku,ada telekung, ada tepung..
Hanya klik sahaja..dan buat pembayaran, kami akan hantar ke rumah anda..
Selamat bershopping.
6/20/2012
teknik Al-Baghdadi...menyeronokkan
walaupun dewasa..still seronok..
untuk maklumat lanjut,hubungi 019-2662271
AL-BAGHDADI LEARNING CENTER KINI DI BUKA
Penduduk sekitar Seksyen 8 dan Bukit Bandaraya Shah Alam kini berpeluang mengikuti Kelab Asas Al baghdadi .
Kelas ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas,remaja serta dewasa. Untuk sessi pengenalan asas ,ALC seksyen 8 menjemput semua hadir ke surau Nurul Iman Bukit Bandaraya. Jangan Lepaskan peluang keemasan ini. Masa terbaik untuk mendekati Al Quran.Jamuan pagi disediakan secara percuma.
Kelas Asas ini akan diadakan pada
Tarikh : 07 Julai 2012
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 11.00 pagi.
Tempat : Surau Nurul Iman Bukit Bandaraya Shah Alam, Selangor.
TEMPAT TERHAD!!
SMS segera untuk pengesahan tempat.
Hubungi 010-218 7671 atau 019-266 2271 atau 019-262 7917 SEKARANG untuk maklumat lanjut.
Ramai yang sudah berjaya. Anda bila lgi?
untuk maklumat lanjut,layari
http://alcseksyen8.albaghdadi.net.my/
untuk maklumat lanjut,layari
http://alcseksyen8.albaghdadi.net.my/
Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun
Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.
Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.
Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat
Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”
(Saidina Ali r.a)
Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Subhanallah, Wallahu’alam….
Subscribe to:
Posts (Atom)








