Pages

6/28/2012

TESTIMONI..Teknik Al-Baghdadi alternatif terbaik dalam proses belajar dan mengajar Al-Quran.



Pengasas Teknik Al-Baghdadi ini adalah Ustaz Jalaluddin bin Hasanuddin.

Saya berkecimpung dalam bidang Al-Quran secara khusus sejak lebih 9 tahun yang lalu. Apa yang saya dapati, kebanyakan pengajar Al-Quran tidak mementingkan kaedah atau teknik yang betul dalam mengajar Al-Quran. Sebagai contoh, situasi seorang pelajar yang sudah lebih 2 tahun mengaji tetapi masih berada di Iqra’ 4. Seorang pelajar masih gagal membezakan ‘panjang-pendek’ walaupun sudah bertahun2 mengaji Al-Quran. Sedar atau tidak, situasi tadi adalah normal dalam masyarakat kita sejak bertahun2 lamanya.

Apabila ditanya asbab kegagalan, kelemahan, kelewatan dan sebagainya, apa yang sering dijawab adalah ‘ pelajar malas ‘, ‘pelajar suka ponteng’ dan berbagai2 lagi jawapan yang dijadikan alasan. Saya tidak menafikan alasan2 itu ada yang betul dan benar dengan sesetengah situasi, tetapi dalam banyak2 situasi, pengajar suka menyorok kelemahan mereka apabila gagal mengetengahkan sesuatu kaedah atau teknik yang senang faham,mudah praktik dan berkesan dalam proses pengajaran mereka.

Apa dia Teknik Al-Baghdadi? Apa keistimewaannya?
Secara ringkas saya nyatakan, teknik al-baghdadi ini bolehlah dianggap sebagai satu alternatif baru kepada pelbagai kaedah dan teknik sedia ada. Saya sudah beberapa kali bermunaqasyah dan meminta penjelasan terperinci tentang teknik ini dengan pengasasnya, iaitu Ustaz Jalaluddin sendiri dan Alhamdulillah, saya cukup tertarik dengan pembawakan serta penjelasan yang diberikan. Itulah yang saya simpulkan, bahawa teknik al-baghdadi ini sangat2 sesuai untuk dijadikan alternatif terbaik dalam proses belajar dan mengajar Al-Quran.
Lebih daripada itu, mungkin apa yang saya boleh iktiraf sebagai keistimewaan teknik ini adalah apabila ia menggunakan ‘alat ketuk’ dengan pelbagai formulasi yang fleksibel. Kalau diajar kepada kanak2 , maka ia lebih hampir kepada ‘bermain sambil belajar’- tetapi sangat berkesan.
Sejak 2 bulan yang lepas, saya bersama sahabat saya , Abdul Khalil telah pun mengendalikan Kelab Al-Baghdadi sebagai tutor atau pembantu Ustaz Jalaluddin. Kelab Al-Baghdadi ini dibuka oleh Ustaz Jalaluddin secara khusus kepada golongan dewasa yang menghadapi masalah ‘ buta Al-Quran ‘. Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang semakin mahir mengenal, membaca dan menyebut huruf serta kalimah2 Al-Quran dengan baik.
InsyaAllah, selagi mana sesuatu kaedah itu baik dan berkesan untuk membantu dalam proses mempelajari Al-Quran, maka saya yakin ia wajar diketengahkan kepada masyarakat. Beberapa testimoni yang diterima juga mengejutkan, antaranya adalah seorang kanak2 perempuan berusia 6 tahun di Kedah mampu membaca Al-Quran dengan baik selepas 22 hari menggunakan Teknik Al-bahgdadi ini. Alhamdulillah.
Untuk mengetahui lebih lanjut...hubungi 019-2662271

No comments: