Khasiat Madu Lebah
Khasiat madu lebah tidak diketahui ramai walaupun sering dibincangkan dalam topik kesihatan semasa.Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.
Kulit, Rambut dan Mata
·
Menjadikan
rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
·
Membantu
penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
·
Mempercepatkan
proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada
jangkitan kuman
·
Menjadikan
kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil
kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan
secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
Sistem Penghadaman
·
Menguatkan sistem
penghadaman dan daya tahan
terhadap keracunan makanan.
·
Memudahkan
pergerakan usus semasa membuang air.
Sistem Pernafasan
dan Kerongkong
·
Mujarab
untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
·
Menguatkan
pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
Tenaga Badan
·
Menguatkan
badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh
diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang
sesuai untuk ibu mengandung
·
Sumber
gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis.
Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
·
Mengembalikan tenaga
selepas kedatangan haid atau
selepas cirit-birit yang berterusan.
·
Memberi
tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak
Gizi Makanan
·
Kaya
dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
·
Memudahkan serapan
kalsium dalam badan.
·
Pelawas
semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
No comments:
Post a Comment