Kelebihan Al-Quran
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh
tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku
sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia
mendapat pengajaran
dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai
muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir
kehidupan manusia, situasi terakhir yang
akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk
bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke
neraka.
Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf
yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara
yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab
Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan
kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang
paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
berbunyi:
Dari Aisyah r.a telah bersabda
Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap
sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan
menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.
Al-Quran
1- TERPELIHARA
Susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau
dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk
mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan
surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk
juga usaha golongan-golongan kuffar.
2-
perlembagaan yang lengkap
Sesuai digunakan untuki semua
aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun
sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh
manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji
berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:
Sesungguhnya telah datang kepada
kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab
(Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan
keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan
denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)
yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan
mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)
Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk
bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau
meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada
Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta
supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan
bekalan untuk hari akhirat.”
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi
kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja,
dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan
Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.
3-
MEMBACANYA DIANGGAP ZIKIR
Membaca Al-Quran dikira sebagai
berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir
yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah
melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:
Semulia-mulia ibadat
umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).
4-
SANTAPAN ROHANI
Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada
tiap-tiap orang Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:
“Sesungguhnya Al-Quran ini ialah
hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana
yang kamu boleh.”
5-
SENJATA
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk
membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a
berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda,
hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara
untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati
dan membaca Al-Quran.”
PAHALA MEMBACA AL-QURAN
Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar
kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan
tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu
dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis
dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah
berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu
huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan
sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi
Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa
hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda
Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang membaca Al-Quran
sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.
Sesiapa yang memelihara sembahyang
fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100
ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.
Barangsiapa yang mendengarkan satu
ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda
dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam
hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:
Sesiapa yang mambaca surah Yasin
dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
Sesiapa yang membaca surah
al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala
membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya
daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat
disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu
huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi
tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah
diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun
sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang
yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan
beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan
mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari
jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi
bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling
tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling
tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah
s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu adalah
mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
KERUGIAN MEREKA YANG
TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang
orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong
dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada
pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan
kosong.
ADAB MEMBACA AL-QURAN
Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi
Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang
tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia.
Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti
berikut:
1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana
membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang
lain.
2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang
layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para
Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih
dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.
4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut
tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w
berbunyi:
·
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan
jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila
membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan
seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah
sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong
ketika membaca Al-Quran.
7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca
Al-Quran.
8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh
tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak
dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah
membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
·
Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan
yang kena rejam.
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah:
(Bismillahirrahmanirrahim).
·
Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal
surah kecuali pada surah At-Taubah.
11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila
terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.
12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum
Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat
yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
·
Firman Allah S.W.T:
Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)
·
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)
·
Pengertian Tartil pada bahasa:
Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.
Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.
Saidina Ali k.w berkata:
Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.
Pengertian Tartil pada bahasa:
Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.
Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.
Saidina Ali k.w berkata:
Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca
sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
·
Allah S.W.T. berfirman:
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)
·
Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)
Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)
14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya
kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari
Rasulullah s.a.w berbunyi:
·
Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf.
Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan
surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan
menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada
Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap
adalah dari syaitan.
·
Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.
17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang
tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang
rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
·
Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”
18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan
suara yang baik.
·
Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.
Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.
19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
·
(Sadaqallahul’azim).
20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti
dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari
khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah
khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
·
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang
telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.
No comments:
Post a Comment