Pages

7/18/2012

APA itu teknik Al-Baghdadi???


Teknik Al-Baghdadi ini adalah berkenaan bunyi. Dan ia menggunakan satu alat ketuk utk mendisiplinkan bunyi (maknanya kalau takde alat ketuk, boleh juga baca, tp susah sikit nak disiplinkan bunyi). Teknik ini sebenarnya dah agak terkenal, cuma saya sedang mencuba utk menjadikannya AL-BAGHDADI PLAYTIME.
Set al-baghdadi ni ada:

Apa pula playtime (lebih terkenal dgn nama playgroup)?
play‧group , play group [uncountable and countable]
1 British English a type of school where children between two and four years old meet to learn and play [= preschool American English]
a playgroup at the community centre
2 American English a group of children, usually between two and four years old, whose parents meet each week so that the children can play together.
Jadi berdasarkan definisi di atas, playgroup yang ingin saya laksanakan ini merangkumi:
1. Adalah satu sesi kanak-kanak di antara 4 – 12 tahun untuk belajar dan bermain ke arah keupayaan untuk membaca Al-Quran. (umur kurang 4 tahun pun boleh, tapi seboleh-bolehnya pastikan anak-anak sudah boleh bercakap lancar).
2. Ia merangkumi 24 jam silibus (seboleh-bolehnya 2 jam seminggu) yang mana silibusnya di ambil daripada teknik Al-Baghdadi sendiri.
3. 2 jam pembelajaran merangkumi: 1jam 30 minit pembelajaran + 30 minit main = 2 jam
4. Kaedah permainan yang dimasukkan ini akan menjadikan kanak-kanak enjoy, seronok dan tidak jemu belajar Al-Quran (berbeza dengan kaedah tradisional).
5. Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membina dan memantapkan tahap kognitif (merangkumi kreativiti, inovasi, menyelesai masalah, ingatan dan fokus) di mana kaedah tradisional (secara drilling) tidak mampu memenuhinya.
6. Memberikan peluang untuk memaksimakan kebolehan kanak-kanak dari segi motor halus dan motor kasar, skil sosial dan emosi kerana playgroup adalah berkaitan dengan perkumpulan, justeru mendedahkan mereka kepada kawan-kawan, tolak ansur dan bekerjasama.
7. Kumpulan yang kecil (nisbah guru:pelajar adalah 1:20) sebagaimana disarankan dalam kualiti pendidikan awal kanak-kanak (semakin muda umur seseorang kanak-kanak, semakin kecil bilangan ahli kumpulan).



No comments: