Pages

7/01/2012

TESTIMONI...Saya cuba kaedah al-Baghdadi. Finally.. I found the thing that suit my baby.

di petik dari http://mysuperkids.net/kaedah-al-baghdadi-untuk-mengajar-anak-mengaji/


Untuk mengaji, saya mulakan dengan flashcard Alif Ba Ta yang tak berbaris. Jadi Hafiy terlebih dahulu mengenali alif hingga ya tanpa mengetahui bunyinya. Kemudian saya beralih kepada kaedah Furqan. Hafiy macam ‘tak berapa gemar’ kerana ada tambahan baris2 yang menjadikan ALIF itu bunyinya lain AA, II, UU. (bukan maksud saya dia tak suka tapi dia jadi keliru nak membunyikan huruf2 tu).
Kemudian untuk mengelakkan kekeliruan (bila anak keliru, mak pun keliru sama, LOL) saya menggunakan kaedah Iqra’ pula. Tapi mungkin Hafiy masih kecil untuk kaedah intensif seperti Iqra’, jadi tak berapa menjadi juga (boleh jadi jika ibu konsisten mengajar, tapi bila ada kekangan, kena cari cara lain yang lebih mudah).
Lalu saya cuba kaedah al-Baghdadi. Finally.. I found the thing that suit my baby. Hafiy seronok ‘mengaji’ dengan al-Baghdadi.. malah dia pula yang mengajak saya untuk membuka kitab tamhid al-Baghdadi.


Sebenarnya bukan saya nak kata al-Baghdadi ni sangat bagus berbanding kaedah lain, tapi kreativiti seorang ibu (atau sesiapa saja yang mengajar) adalah penting untuk memastikan tiada mis-match dalam kaedah mengajar dan mendidik anak. Kerana itulah pendidikan di rumah sangat penting. Kerana seorang ibu/ayah dapat memantau, mengawal, memberi perhatian 110% kepada anak-anak, berbanding di sekolah yang mana seorang guru perlu memerhatikan ramai anak murid.
Berdasarkan pengalaman saya dengan Hafiy, bila seseorang anak tu ‘tak boleh’, bukan sebab dia tak pandai, tapi pendekatan yang kita gunakan pada dia itu yang tak sesuai. Kerana itu kita dapati ramai orang yang di zaman sekolahnya sangat lemah dalam pelajaran, tapi apabila dewasa lebih berjaya dari mereka yang pintar belajar.
Ini kerana mereka itu bukanlah bodoh, tapi berlaku mis-match di situ.

No comments: