Pages

11/30/2012

Assalamualaikum,

 Pernahkah anda merasa otak anda cramp secara TIBA-TIBA apabila anda sedang menyiapkan laporan yang sudah menghampiri deadline?
 Pernahkah anda terasa 'STUCK' apabila sedang menyelesaikan masalah kerja anda?

 Saya ingin berkongsi 3 TIPS bagi mengurangkan otak cramp.

PERTAMA :
Lakukan pernafasan secara betul.

 Macam mana hendak melakukannya?
a. Tarik nafas dengan perlahan. Lebih berkesan apabila anda sertai dengan Istighfar.
b. Tahan nafas anda selama 2 saat.
c. Lepaskan dengan kuat sambil berkata "YES"

Stress anda akan berkurangan sedikit selepas melakukan aktiviti ini.



KEDUA :
Minumlah air masak @ air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas air. 

Tahukah anda, otak kita mengandungi 90% air, sebab tu otak cramp bila tak cukup air. Jadi mulai hari ini, azam pada diri anda untuk minum air yang secukupnya. 


Macam mana nak tau cukup, ada sumber menyatakan bagi setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum 1 liter air. Cara paling cepat nak tahu, bila dah ke tandas tapi selepas itu kena minum lagi sebab air dah berkurangan..



KETIGA :
Berikan usaha 1000% bagi apa yang anda sedang lakukan.

KENAPA? 


Apabila anda memberikan yang terbaik kepada apa yang sedang anda lakukan, sebenarnya anda sedang memberi fokus yang sepenuhnya dalam usaha anda. Ketika ini, otak anda tidak memikirkan apa-apa yang negatif, sebaliknya asyik memikirkan perkara POSITIF dalam menjayakan apa yang anda lakukan.

Semoga TIPS ini dapat membantu anda dalam mengharungi kehidupan dengan gaya hidup POSITIF.

No comments: