Penyelidikan
terbaru mengenal khasiat susu kambing baru-baru ini mendapati bahawa susu
kambing ternyata memiliki nilai nutrisi yang boleh dikatakan setara dengan susu
ibu. Pengkaji dari University Of Granada, yang bekerjasama dengan Prof
Margarita Sanchez Campos, telah membuktikan bahawa susu kambing memiliki
kriteria gizi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Bagi pengidap
anemia contohnya, amalan minum susu kambing secara rutin dapat membantu
memulihkan anemia. Ini kerana, susu kambing meningkatkan penggunaan gizi zat
besi dan meningkatkan regenerasi hemoglobin. Selain itu, susu kambing juga
mempunyai banyak kasein, iaitu nutrisi yang membuatnya setara dengan susu
manusia.
Seperti susu
manusia yang mengandungi kasein, susu kambing mengandungi sedikit alpha kasein
1 iaitu sebatian yang bertanggunghjawab terhadap kesan alahaan sebahagian besar
susu lembu. Oleh itu, susu kambing termasuk di bawah kategori hypollergenic
(HA).
Selain itu juga,
susu kambing mengandungi sejumlah besar oligosakarida dengan komposisi yang
sama dengan susu manusia. Sebatian ini mencapai usus besar dan bertindak
sebagai probiotik dengan bersaing dengan flora bakteria pathogen agar
menghilang.
Susu kambing
mengandungi laktosa yang lebih rendah, iaitu satu peratus daripada susu lembu.
Para penyelidik menambah lagi, susu kambing juga kaya dengan kalsium dan
fosfor. Malah ia juga memiliki lebih banyak kandungan zink dan selenium yang
bertanggungjawab sebangai penyumbang penting terhadap pertahanan antioksidan
dan pencegahan penyakit degenerative.
Oleh sebab itu,
para penyelidik menganggap bahawa pengambilan susu kambing secara rutin perlu
dipromosikan kepada penduduk dunia agar manfaatnya dapat dikecapi oleh semua di
samping mengekalkan kesihatan tubuh badan.
No comments:
Post a Comment